RUMAH KECIL ITU
Rumah kecil
itu
Ku pandang
lagi
Mengusik tangkai
hati
Memaksa minda
membongkar kembali
Perit dan
sukar ku rasai
Di situ lah
Rumah kecil itu
Tempat berteduh
Tempat
membesar
Mengenal erti
hidup bertuhan
Mengenal erti
sayang dan perih ibu ayah
Mengenal erti
kasih saudara kandung
Mengenal ragam
berkawan
Segalanya bermula
di situ
Di rumah kecil
itu
Hanya seketika
Kini kenangan
sahaja
Suka, duka,
tangis dan tawa
Menjadi memori
terindah
Kerna
segalanya di situ
Di rumah
kecil itu
~Gambar sekadar hiasan~ |
No comments:
Post a Comment