Hanya PadaMu Ku Berharap
Hasbunallah wani'mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik tempat bersandar).
Surah Ali `Imran (3): 173
Mengorak langkah-langkah kehidupan
Terkadang mendung dan cerah cuacanya
Terkadang menelusuri lorong yang berliku
Terkadang menapak di jalan rata
Terkadang tersungkur langkah
Bangun dan bertatih, berjalan kembali
Redhakah aku ?
Senang dilafaz
sukar di terima oleh hati
Sedarlah duhai diri
Allah sayang padamu
kerna itu kamu diuji berterusan
Allah rindu pada keluhanmu
Allah mahu mendengar rintihanmu
Allah sedang menguji keimananmu
Allah sedang memberi teguran padamu
Allah menguji mu kerana Dia tahu kamu mampu hadapinya
Mohonlah pada Allah
Diberi kekuatan, ketabahan
Teruskan melangkah
Walau di uji dengan kuat
Sentiasa berlapang dada
Sentiasa bersabar
Teruskan tersenyum
Ikhlaskan hatimu
Serah perancangan dan hasil hanya pada Allah
Segala-galanya milik Allah